Tuesday, August 18, 2009

TRAGEDI SUNGAI LIANG 15 OGOS 2009

Tanggal 15 Ogos 2009...... Sejarah hitam dimana Hj Mahmood Dan crew tersasar laluan lalu tercampak kegaung sedalam lebih 100 kaki bersama kenderaan beliau. Alhamdulillah kerana haji tidak mengalami kecedaraan yang serius namun Co-pilot beliau terpaksa dihantar ke hospital kerana mengalami kecederaan kaki( patah )......................
.................Detik bermula jam 9.00 malam apabila 3 kenderaan memecah kesunyian malam membelah laluan hardcore di Sungai Liang pahang.Dengan berbekalkan semangat , Pilot dan crew berpakat untuk meneruskan juga perjalanan walaupun agak letih. Namun tragedi ngeri berlaku ketika jam menunjukkan 5.00 pagi dimana lokasi hampir 3/4 perjalanan. Sebuah kenderaan milik Hj mahmood telah terjatuh ke gaung sedalam lebih 100 kaki.
Kerja-kerja menyelamat mangsa selesai hampir 3.00 jam kemudian dan mangsa terus dibawa keluar untuk rawatan lanjut........


Kenderaan yang tidak jelas berada lebih 100 kaki dibawah

Co-Pilot yang cedera( Patah Tulang Peha )

Haji Mahmood dan rizal sedang berbincang sesuatu

Kawasan dimana kenderaan jatuh ke gaung

No comments:

Post a Comment