Friday, January 29, 2010

Thursday, January 28, 2010

SCUBA LEE'S WEDDING






Buat apa tu bang...... Ganassssss....




Geli ke bang........



3 Jejaka Idaman Malaya

Tuesday, January 26, 2010

LAND ROVER

Sabar yo kang Jenal............



Tuesday, January 5, 2010

TRANS SANTAI MALAYSIA - THAILAND 2009


Hari Pertama - 23/12/2009 11.00 mlm
R&R Rawang - Bukit Kayu Hitam ( 350 km )
***************************************

Konvoi berkumpul dan mendengar sedikit taklimat dari D7 selaku pengarah program, Gagak Hitam selaku Ketua konvoi dan Tanggo Bravo selaku orang yang banyak pengalaman dalam Trans bersama Patronas Adventure Team. Setelah doa selamat dibacakan maka konvoi bergerak dan berhenti rehat di R&R Sungai perak sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit kayu Hitam.


Hari Kedua - 24/12/2009 8.30pg
Bukit Kayu Hitam - Nakhon Sithammarrat ( 450 km )
*********************************************

Setelah urusan dokumantasi selesai , konvoi melepasi pintu sempadan Malaysia dan memasuki Thailand tanpa sebarang masaallah. Konvoi berhenti seketika di pekan Danok untuk membeli sedikit barang keperluan.Setelah arahan dari ketua konvoi maka kami pun memulakan perjalanan merentasi pekan-pekan kecil di Thailand. Perjalanan yang santai bersama keluarga amat menyeronokkan. Banyak tempat-tempat yang kami berhenti disepanjang perjalanan. Hampir jam 7.00 ptg konvoi sampai di Twin Lotus Hotel dimana tempat kami dan keluarga berehat dan akan menyambung perjalanan keesokan harinya.


Hari Ketiga - 25/12/2009 8.30pg
Nakhon Sithammarrat - Hua Hin ( 620km )
**************************************

Kami sempat bergambar beramai-ramai dan diikuti taklimat serta doa selamat.Tanpa melengahkan masa, konvoi mula bergerak keluar dari perkarangan hotel untuk menuju ke Hua Hin.Perjalanan hari ini diketuai oleh OL Labuan dan dibantu OL Suprachai.Cabaran berat buat convoi kerana perjalanan hari ini agak jauh dan cuaca panas terik.Banyak tempat kami berhenti untuk berehat.Perjalanan hari juga sama seperti semalam kerana melalui pekan-pekan kecil. Walaupun letih tetapi kami seronok kerana dapat melihat keadaan sekeliling. Alhamdulillah kami sampai di Bandar Hua Hin sekitar jam 10.00mlm.Penginapan di Grand Hotel & Plaza agak selesadan menarik kerana terdapat banyak gerai-gerai jualan disekitar hotel tersebut.


Hari keempat - 26/12/2009 9.30pg
Hua Hin
*******************************

Pada hari ini kami bebas melakukan sebarang aktiviti setelah seharian berada didalam kenderaan.Ramai rakan-rakan yang mengambil kesempatan untuk membeli belah.


Hari kelima - 27/12/2009 8.30pg
Hua Hin - Kanchanaburi ( 290km )
*******************************

Pada hari ini hanya tujuh kenderaan sahaja yang menuju ke Kancahaburi untuk melihat kesan sejarah Landasan Keratapi Maut.Seperti biasa konvoi diketuai OL Labuan & OL Supracai.walaupun konvoi tersalah laluan namun kami sampai di lokasi sekitar jam 1.30ptg.Selepas menjamah sedikit bekalan yang di bawa, kami pun melawat tempat sejarah tersebut disamping ada rakan-rakan yang membeli barangan cenderahati untuk dibawa pulang. Kami terpegun melihat pembinaan landasan dan jambatan keratapi kerana pada masa dahulu tiada kemudahan seperti sekarang.Setelah puas kami melihat sekeliling , konvoi bergerak balik ke Bandar Hua Hin.Hampir tengah malam kami sampai di Hotel....Walaupun penat kami terpaksa berkemas kerana konvoi akan bergerak awal pagi kerana perjalanan agak jauh keesokan harinya........


Hari Keenam - 28/12/2009 7.00pg
Hua Hin - Hat Yai ( 745km )
*********************************

Seawal jam 7.00 pagi , konvoi sudah berkumpul untuk mendengar sedikit taklimat dari pihak pengurusan dengan diikuti doa selamat. Setelah merakamkan kenangan, konvoi bergerak keluar untuk menyambung perjalanan ke Hat Yai.Inilah perjalanan yang paling jauh kami lalui. Setiap pemandu amat berhati-hati kerana perjalanan hari ini agak laju kerana kami ingin sampai dilokasi tepat pada waktu yang ditetapkan. Alhamdulillah kami selamat sampai di New Season Hotel skitar jam 9.00mlm.Jikalau dibandingkan tempat lain , Hat Yai banyak terdapat Restoran Makanan Halal dan memudahkan kami sekeluarga untuk menjamu selera. Tiada Aktiviti pada malam ini kerana kami kepenatan disebabkan perjalanan yang amat jauh........


Hari Ketujuh - 29/12/2009 8.00pg
Hat Yai
******************************

Hari ini kami bersarapan di Restoran Salmah dimana satu-satunya restoran sarapan pagi yang paling hampir dengan hotel.Kami berkumpol sambil berbincang untuk program seterusnya.....namun hari ini adalan hari bebas untuk kami menjalankan aktiviti atau membeli belah kerana banyak barang-barang yang dapat diperolehi dengan kadar harga yang berpatutan.

Hari Kelapan - 30/12/2009 12.30tghr
Hat Yai - Kuala Lumpur ( 450km )
********************************

Setelah urusan keluar hotel selesai, kami menuju ke Restoran Chekhar untuk menikmati hidangan tengahari. Disini kami dapat menikmati masakan Thai dengan kadar harga yang berpatutan.Konvoi bergerak menuju ke Danok untuk berehat seketika dan membeli lagi barangan yang difikirkan perlu.... Maklumle.... Duit Bath ada lagi........ Setelah susunan kereta dilakukan maka konvoi bergerak kesempadan dengan diketuai oleh Tango Bravo..... Agak sedikit kelam kabut ketika menguruskan kenderaan di Kastam Thailand... namun alhamdulillah semuanya selesai dengan baik dan kami memasuki semula Malaysia sekitar jam 5.00ptg. Setelah kami mengisi minyak di Petronas Changlun, kami berkumpol untuk para pemandu meluahkan kegembiraan masing-masing.......

Apapun...... kami amar gembira dengan " TRANS SANTAI MALAYSIA - THAILAND 2009" Terima kasih buat rakan-rakan yang menjayakan trans ini.......Insyallah jumpa lagi ........




**************Wassalam ************


********************************


Taklimat di R&R Rawang sebelum perjalanan...
Konvoi di sempadan Malaysia - Thailand....
Lokasi : Kenchanaburi...
Landasan Kereta api Maut.......

Lokasi : Nakhon Sithammarat.....

Amacam Awek ni ?......
Lokasi : Hua Hin.....

* * * * * * * * * * * * * * * * *
Tiagra....

Delta 7.......


Apai......


Supracai.....


Gagak Hitam......


Tanggo Bravo.....


Bani......