Monday, July 27, 2009

PAT - Bersama Mu Di Kuala Mu ( 24-26July 2009 )

Seawal jam 6.45 pagi......kami telah berkumpul di perkarangan Sri Pentas (TV3) .Liputan dan pelepasan secara Live yang disempornakan olen En.Halim selaku ketua expidisi berlangsung dengan meriah.Seterusnya...... kami berkonvoi sebanyak 34 buah kenderaan pacuan 4 roda menuju ke R&R rawang untuk mengisi minyak.Konvoi bergerak semula menuju ke pekan Sungai Siput untuk mengisi minyak semula , makan tengahari serta membeli lagi keperluan perkhemahan....................Jam 2.30 ptg..... convoi bergerak ke lokasi perkhemahan sejauh 60 km ................
Sekitar jam 8.00 mlm barulah kami sampai di Kuala Mu dimana tempat untuk kami berkhemah.Walaupun perjalanan agak sedikit terganggu disebabkan kerosakan kenderaan namun terpancar keseronokan diraut wajah para peserta........ Dalam ketinggian 870 meter dari aras laut... sudah pasti kesejukan yang akan menanti kami pada waktu malam..........Tiada aktiviti dijalankan pada malam pertama....... buat hal masing2 lah ye............
Seawal jam 6.30pagi...... ada rakan yang bangun awal untuk bersolat suboh dan meyediakan sarapan pagi....................Aktiviti bermula ketika jam menunjukkan angka 10.00......Kami menyusuri laluan yang agak sempit untuk kelokasi air terjun ..... rata-rata ramai rakan-rakan yang terpegun dengan keindahannya........
Acara memasak maggi dijalankan pada sebelah tengahhari........ Wau..... meriah dengan kehadiran penduduk kampung........pertandingan sepak takrow dan bola sepak dijalankan pada sebelah petang.....Ramai rakan-rakan yang kepenatan....almaklumlah..... dah lama tak bersukan.....
Kehebatan para peserta berkarauke terserlah pada sebelah malam berikutnya......Sebanyak 28 peserta mengambil bahagian ... wah ...hebat2 belaka.........
Jam 10.00 pagi ....... kami berkumpul untuk menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung.....Selepas bersalaman konvoi bergerak keluar untuk pulang...........
Wassalam.............




Menikmati Keindahan Ciptaan Ilahi...............


Kenangan di Kuala Mu.....


Apai.....

Menikmati kesejukan air terjun........................


Masak Maggi Bang...........


Aksi seorang bintang.... he he he...............


Konming & Zaipel tengah berjoget

Flower Hon , Nana & Orkid
Bersama anak-anak orang asli

Friday, July 10, 2009