Friday, June 10, 2011

JOM RONDA MALAYSIA - KRABI - HAT YAI .......

Seawal jam 5.00ptg , rakan - rakan konvoi bersiap sedia untuk mendengar sedikit taklimat dan pesanan sebelum ekpidisi JOM RONDA ke Thailand bermula. Pastinya Krabi adalah destinasi utama kami. Setelah hampir 3 bulan program ini dirancang dan segala persiapan diatur sebaik mungkin maka tanggal 4 June 2011 bermulalah perjalanan kami.




8 pacuan 4 roda dengan 7 daripadanya membawa keluarga dalam ekspidisi ini. Konvoi membelah keheningan malam sebelum sampai di R&R Gurun untuk berehat. Setelah bersolat suboh konvoi bergerak kesempadan Malaysia - Thailand bagi urusan Passport. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan konvoi meneruskan perjalanan ke Krabi. Hampir jam 5.00 ptg barulah kami sampai dilokasi yang dinantikan .......Krabi........




Setelah semalaman kami berehat .....hari untuk menjelajah pulau - pulau sekitar Krabi. Amat menarik pemandangan di sekitarnya .......macam - macam adaaaa .......Cuba sekali , pasti nak lagi .......




Pada sebelah malamnya, banyak kedai - kedai yang boleh dikunjungi untuk membeli belah. Kedai makanan islam pun banyak terdapat disini .Sempat juga kami meronda-ronda sebelum berehat dan menyambung perjalanan ke Hat Yai pada keesokan pagi.




Kami check out dari resort seawal jam 9.00 pg. Selepas sesi bergambar berlangsung & doa selamat dibacakan maka kami menyambung berjalanan ke Hat Yai . Hat Yai adalah destinasi terakhir dimana kami tidak melepaskan peluang untuk membeli belah dengan kadar harga yang berpatutan. Banyak terdapat pakaian dan alat komunikasi yang boleh didapati dengan harga yang murah.




Kami menikmati makan tengahari di salah sebuah restoran muslim terkenal di sini pada keesokan harinya dan menyambung perjalanan ke pekan Danok. Setelah membeli sedikit buah tangan maka kami melepasi pintu masuk Malaysia untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur......




Pastinya ekspidisi ini banyak meninggalkan kenangan manis buat semua..... Insyallah , semoga ketemu lagi di Ekspidisi akan datang.....




Wassalam......



Taklimat dan doa selamat di Petronas R&R Rawang


Konvoi menuju ke sempadan Malaysia - Thailand











Keluarga Along
















Mak - mak dara........



Paat & Isteri




Fendy & Family

















Pamandangan sekitar Krabi





Rehat & makan tengahari







Dari kanan : Hassan, Kakang , Delta 7 , Gagak Hitam


Monday, May 30, 2011

PELANCARAN KELAB REDAH & 4X4 PEDDERS CHALLENGE

Sekalung penghargaan & tahniah buat rakan - rakan Redah 4x4 Club diatas pelancaran dan penganjuran Pedders Challenge sempena perhimpunan 1 juta belia di Putra Jaya pada 28 - 29 Jun 2011 yang lalu. Semoga dengan usaha gigih semua ahli akan dapat menaikkan lagi nama Redah 4x4 Club di arena antarabangsa .... Insyallah.......


















Ucapan dari Y.B Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

( Menteri Belia & Sukan )



Monday, May 16, 2011

RIM & TYRE FOR SALE







Size : 2pc x 16" x 10"

Tyre : 50 ~ 60%

Qtty : 4 pcs


Price : Rm 3,800.00 ( Rim & Tyre )

Pls call/sms for more infor.......

019 376 0404

Wednesday, May 4, 2011

JOM RONDA @ KRABI











Akan kembali lagi bersama 7 buah kenderaan 4x4 .......


Cuti sekolah bulan June 2011 .......


* * * * * Pastinya lebih menarik * * * * *