Monday, January 31, 2011

LAGI - LAGI TRANS SANTAI >>>>>>>>>



Gmokkkkkk ......... Emmmmmmmm

Inilah yang menjadi rebutan ...........

Sunday, January 16, 2011

KRABI ESCAPADE 2011

Krabi Beach



Day 1

2 February 2011

8.30 PM : R&R Rawang - Bukit Kayu Hitam
( 473.6km )




Day 2

3 February 2011

9.00 AM : Bukit Kayu Hitam - Krabi Thailand

( 318 km )




Day 3

4 February 2011

8.00 AM - 4.00PM : Exploring Krabi ( Phi Phi Island )





Day 4

5 February 2011

9.00 AM : Krabi - Hat Yai

( 255 km )





Day 5

6 February 2011

2.00PM : Hat Yai - Kuala Lumpur



* * * * * * * * * * * * * * * * *

Thursday, January 6, 2011

TRANS SANTAI MALAYSIA GOLDEN TRIANGLE 2010

Gagak Hitam
Delta 7 Lc 2
Labuan
Tiagra
Matador
Skod
G-mok & Mocca

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
DAY 1
21hb Disember 2010
Kuala Lumpur - R&R Gurun ( 473.6 km )


***************************

Detik bermula seawal jam 8.30 mlm setelah hampir setahun penantian para peserta Trans Santai Malaysia Golden Triangle 2010. Setelah persedian dari segi kenderaan , peralatan serta fizikal dan semangat maka berkumpullah 10 buah kenderaan pacuan 4 roda untuk menerokai perjalanan ke destinasi yang telah dijanjikan. Setelah mendengar taklimat dari pengarah program ( Delta 7 ) dan Gagak Hitam selaku ketua ekspidisi serta diiringi doa selamat maka konvoi bergerak keluar ke R&R Sungai Perak untuk berehat seketika dan meneruskan perjalanan ke R&R gurun untuk bersolat suboh sebelum menyambung perjalanan ke Changlun.



DAY 2
22HDisember 2010
Bukit Kayu Hitam - Surat Thani ( 377 km )

******************************
Konvoi bergerak melepasi sempadan Malaysia Thailand sewal jam 10.00 pagi setelah urusan pertukaran mata wang Bath , Urusan passport, Insuran kenderaan selesai. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar .

Konvoi berhenti rehat untuk makan tengahari di PTT sambil mengisi minyak disamping para peserta mengambil kesempatan untuk berehat seketika sebelum menyambung perjalanan kelokasi seterusnya ......
Diomand Plaza Hotel menanti kedatangan kami sekitar jam 5.30 ptg ..... Fooooohhhhh terasa lega apabila dapat menjejakkan kaki di perkarangan hotel ..... tak sabar rasa untuk memasuki bilik hotel.... Almaklumlah ... hampir semalaman konvoi berada di perjalanan .....Walaupun keletihan namun jelas terpancar kecerian pada setiap peserta ....
12.00 Am .... ZZZZZZZZZZZZ



DAY 3
23hb Disember 2010
Surat Thani - Hua Hin ( 501 km )


**********************************

Seperti biasa setelah mendengar sedikit taklimat dan bacaan doa maka konvoi bergerak ke lokasi berikutnya. Perjalanan hari ini agak jauh ... namun tidak mematahkan semangat peserta konvoi untuk meneruskan perjalan ke Hua Hin dimana tempat untuk kami Check in ......

Seperti tahun - tahun yang lalu .... tempat penjualan 'Army Box' tetap menjadi tumpuan utama .....pasti kami akan berhenti untuk melihat dan membeli barangan tersebut ......Seperti biasa ... PTT tempat untuk kami makan tengahari dan berehat .....Konvoi Check In di Grand Hotel & Plaza sekitar jam 7.00 mlm

Acara bebas pada malam tersebut dimana peserta konvoi membeli belah atau Foot Massage dengan kadar harga yang murah ..... Besttttttt ........




Isi minyak di PTT
DAY 4
24hb Disember 2010
Hua Hin - Kanchanaburi ( 307 km )
**************************************
Hari ini agak lewat check out dari hotel. Anak - anak sibuk mandi - manda di kolam . Para ibu - ibu sibuk menyiapkan makan pagi dan tengahari. Kaum bapa pula mengemas kini semula kenderan masing - masing untuk menyambung lagi perjalanan. Almaklumleee..... perjalanan masih jauh lagi.....Tepat jam 12.00 Tghari perjalanan disambung semula menuju destinasi seterusnya. Dalam perjalanan , kami terserempak dengan kedai ' Army Box ' .... wauuu ... apa lagi , maka berduyun - duyun le menuju kelokasi ..... memandangkan harga agak mahal maka kami mengambil keputusan untuk tidak membeli .......
Sekitar jam 5.00 ptg baru le konvoi sampai di River Kwai ( Landasan keratapi maut ) Disana banyak barangan cenderahati , kraftangan , barangan permata dan gerai pakaian pada harga yang berpatutan .......
Tidak ketinggalan para peserta merakamkan gambar kenangan di landasan keretapi tersebut. Agak bertuah kerana kami dapat menyaksikan sendiri keretapi tersebut lalu ......Hampir 4 jam kami menghabiskan masa di River Kwai sebelum kami bergerak ke hotel tempat kami menginap ......Para konvoi menghabiskan masa malam tersebut dengan aktiviti sendiri ...





River Kwai





DAY 5
25hb Disember 2010
Kanchanaburi - Mae Sot ( 633 km )
*************************************
Setelah semalaman kami berehat, kami mengambil keputusan untuk check out awal kerana kaum ibu belum puas lagi shooping di River Kwai . Kaum bapa pula mengambil kesempatan untuk mencari kedai ' Army Box ' Wauuuuuu ..... kami agak bertuah kerana banyak army box untuk dijual . Apalagi , kami borong le 19 unit army box ...Dalam masa yang sama kami berhenti di kedai menjual peralatan radio dan kedai ' BLING - BLING ' . Rakan - rakan ramai yang membeli barangan radio dan sebagainya kerana harga agak murah.
Kami agak lewat keluar dari bandar Kanchanaburi. Jam menunjukkan hampir pukul 4.30 ptg...Kami sudah agak kelewatan untuk kelokasi seterusnya. Namun demi meneruskan misi Trans Santai maka kami tetap ceria. Hampir Jam 3.00 pagi barulah kami sampai diperkarangan Duang Kamon Hotel , Mae Sot setelah hampir 633 km kami mengharungi setiap laluan yang agak berliku di penghujung jalan sebelum manghampiri Mae Sot. Banyak sekatan jalan raya kami tempuhi namun, Alhamdullah kami dapat melepasinya tanpa sebarang masallah. Cuaca agak dingin dan kami terpaksa memakai jaket untuk melindungi kesejukan.

DAY 6
26hb Disember 2010
Mae Sot - Chiang Mai ( 395 km )

****************************************
Pagi yang agak meletihkan .......maklumle , tak cukup tidor .......Namun perasan untuk ingin tahu apa yang ada dibandar Mae Sot , kami bergerak secara berkumpulan dengan berjalan kaki menyusuri setiap lorong - lorong untuk membeli sesuatu yang masing - masing inginkan untuk dijadikan kenangan. Cuaca pagi di Mae Sot agak sejuk.
Mae Sot adalah bandar kecil yang paling hampir dengan Myanmar disebelah barat Thailand. Namun para penduduk di Mae Sot ramah dan bersopan santun .
Kami Check out dari hotel sekitar jam 12.00 Tghari. Kami sempat bershooping disempadan Thailand - Myanmar yang mengambil masa perjalanan sejauh 7km sahaja. Konvoi meninggalkan bandar Mae Sot untuk ke Chiang Mai sekitar jam 4.00 ptg. Dalam perjalanan sempat kami menjamu selera bersama bekalan yang dimasak pada sebelah pagi di satu kawasan rehat yang cantik dan dingin disamping dapat menikmati suasana matahari terbenam ..... wauuuu ... menarikkkk ......
DAY 7
27hb Disember 2010
Chiang Mai - Chiang Rai - Mae Sei ( 324.5 km )


******************************************


Jam 9.30 pg konvoi berkumpul di perkarangan letak kereta untuk mendengar taklimat dari ketua ekspidisi. Agak keletihan terpancar diraut wajah setiap perserta. Almaklumlee..... jam 3.00pg baru kami sampai di Pornping Tower Hotel, Chiang Mai . Selama 2 malam kami check in di hotel tersebut. Pornping Tower Hotel adalah diantara hotel yang terdekat dengan kawasan membeli belah. Ada kedai makanan muslim berhampiran di samping masjid dan madrasah.

Tanpa melengahkan masa dan setelah doa selamat dibacakan konvoi meninggalkan Chiang Mai seketika untuk ke Chiang Rai dan terus ke Mae Sai. Mae Sai sebuah bandar kecil di sempadan Thailand - Myanmar. Cuaca sejuk disebelah petang dan malam. Berhampiran sempadan banyak gerai - gerai jualan dengan harga yang murah. Ramai rakan - rakan yang mengurut kaki dengan kadar bayaran 100Bath/jam @ Rm 10.00 sahaja ..... Murah kan......

Kami bergerak ke Chiang Mai semula sekitar jam 8.30 mlm. Disepanjang perjalanan kami terpaksa mengharungi cuaca malam yang sejuk. Konvoi terpaksa berhenti beberapa kali untuk menghilangkan rasa mengantuk. Agak lewat juga baru kami sampai di hotel.



DAY 8
28hb Disember 2010
Chiang Mai - Nakhon Sawan ( 543 km )


********************************************

Setelah seharian bershopping di Chiang Mai , konvoi bergerak ke Nakhon Sawan sekitar jam 9.00 mlm. Konvoi meredah malam yang pekat dan dingin untuk ke destinasi seterusnya. Seperti biasa banyak sekatan yang terpaksa kami tempuhi. Alhamdulillah ..... semuannya berjalan dengan baik. Perjalanan malam menghalang peserta konvoi menikmati keadaan alam sekeliling namun semuanya berjalan dengan baik ......Detik jam 4.00 pg barulah kami sampai di Pimarn Hotel , Nakhon Sawan ..... foooohhhhh letihhhhhh ...... tapi bessssttttt.



DAY 9
29 hb Disember 2010
Nakhon Sawan - Prachuap Khiri Khan ( 494 km )


************************************

Setelah segala persiapan diaturkan kami check out dari Pimarn Hotel sekitar jam 10.30 pagi.Keletihan semalam belum berakhir ...... hari ini konvoi akan mengharungi perjalanan sejauh 494 km .... satu perjalanan yang jauh. Ada sedikit masaallah pada kenderaan seorang dari ahli konvoi namun dapat diatasi dengan baik . Setelah melihat - lihat bandar Nakhon Sawan , konvoi terus bergerak ke lokasi seterusnya ....Seperti biasa konvoi membelah malam untuk ke Prachuap Khiri Khan......

Hampir jam 3.00 pagi barulah kami sampai di Hadtong Hotel untuk bermalam, Letih , lesu namun semuanya terbalas kerana konvoi dapat menikmati keindahan Bandaraya Bangkok pada waktu malam. Laluan highway merentasi kota Bangkok dapat memperlihatkan bertapa seboknya bandaraya Bangkok.





DAY 10
30hb Disember 2010
Prachuap Khiri Khan - Hat Yai ( 699 km )


**********************************


Kami agak kelewatan bangun pagi memandangkan perjalanan yang jauh pada hari sebelumnya. Konvoi pun agak kelewatan sampai di hotel. Namun kami amat gembira kerana hotel yang kami duduki berhadapan dengan laut . Terasa kedamaian dan ketenangan. Kami sempat merakamkan gambar beramai - ramai berhadapan laut dan hotel. Lebih kurang jam 10.30 pagi kami bergerak keluar dari perkarangan hotel untuk melihat - lihat sekitar bandar Prachuap Khiri Khan. Walaupun kecil tapi menarik ..... kami tak sempat untuk menjelajahi setiap sudut bandar tersebut namun ada rakan yang dapat membeli ' BLING BLING ' dengan harga yang murah kalau dibandingkan dengan Kuala Lumpur. Walaupun kami belum puas di Prachuap khiri Khan namun konvoi terpaksa diteruskan menuju ke Bandar Hat Yai. Perjalanan hari ini diantara yang terjauh untuk sampai dilokasi yang telah diaturkan . Namun tersemat dihati setiap perserta konvoi untuk singgah lagi di sini pada masa depan .......Memang Bessssttttt.................


DAY 11
31hb disember 2010
Hat Yai - Kuala Lumpur

***************************************


Setelah hampir 12 jam perjalanan yang terpaksa konvoi lalui untuk sampai di Hat Yai ......namun para perserta konvoi puas dan ceria walaupun perjalanan ini sudah sampai kepenghujungnya. Amat pantas masa berlalu .... sudah pasti setiap perserta akan merindui detik yang parnah dirasai bersama rakan - rakan . Tak sabar rasanya untuk turut serta lagi dalam Trans Santai yang akan datang .....Pastinya akan lebih menarik ........

Ketika di Hat Yai ada perserta yang balik lebih awal memandangkan banyak perkara lagi yang harus diselesaikan dan ada sebahagian yang ingin menyambut tahun baru 2011 di Hat Yai......

Apapun .... Alhamdulillah semua ahli konvoi telah selamat pulang kerumah masing - masing ......Insyallah , sama - sama kita tunggu di Trans Santai Akan datang .......
Jumpa lagi .....

Wassalamam

************************



PLEASE CLIK HERE FOR MORE PHOTO

Monday, January 3, 2011

NEW YEAR 2011 .........

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011 KEPADA SEMUA RAKAN - RAKAN YANG MELAWATI BLOG INI . SEMOGA TAHUN INI AKAN LEBIH MEMBERI SEJUTA KEBAIKAN DAN KERAHMATAN ..........
* * * * * * * * * * * * * * * * * * *